Skip to main content

Kepentingan Amalan Tolong-Menolong

⦁   sesuatu pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih mudah - berganding bahu ibarat aur dengan      tebing
⦁     menjimatkan masa dan tenaga - kerja yang dilakukan cepat siap
⦁     menjimatkan belanja - jika sesebuah majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong (tolong-menolong), tidak perlu membayar upah pekerja, katering atau kos penyediaan makanan, kos pembinaan balai raya/surau di kawasan kediaman dapat dijimatkan jika penduduk saling menolong membinanya.
⦁     memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan - belajar bekerjasama, bertoleransi dan bergaul mesra dengan anggota masyarakat
⦁     mengikis sifat mementingkan diri
⦁     mengeratkan silaturahim/hubungan sesama anggota masyarakat
⦁     mewujudkan perpaduan kaum - masyarakat hidup harmoni - saling membantu tanpa mengira warna kulit, bangsa atau agama
⦁     meringankan beban orang lain - golongan yang senang akan membantu golongan yang susah - kesejahteraan dan keharmonian dapat dikekalkan.

Comments

Popular posts from this blog

Peranan keluarga dalam membentuk sahsiah anak-anak

Profesor Di raja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka . Kata-kata ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa dan setiap ahli keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Anak-anak merupakan anugerah dan amanah Tuhan yang tidak ternilai . Ibu bapa bertanggungjawab untuk mewujudkan rumah tangga yang aman dan damai kerana anak-anak akan berasa bahagia apabila ibu bapa memberikan sepenuh kasih sayang dan melindungi diri anak-anak mereka.  Anak-anak ibarat sehelai kain putih , ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut.  Persoalannya , apakah peranan keluarga khususnya ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak-anak ? Pada pendapat saya,jawapannya sudah pasti  tugas dan peranan yang boleh dimainkan oleh keluarga terutama seorang insan yang bergelar ketua keluarga amat penting dan pelbagai dalam melahirkan sahsiah terbilang dalam k...

Kepentingan semangat patriotsme

Isu-isu yang berkaitan dengan semangat patriotisme kerap menjadi bahan perbincangan segenap lapisan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana semangat patriotisme amat penting dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Tujuan utama semangat patriotisme ini sering diperkatakan adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan semangat patriotisme di kalangan semua rakyat. Sebenarnya terdapat beberapa kepentingan atau kebaikan semangat patrlotisme di kalangan rakyat. Kepentingan pertama semangat patriotisme di kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita. Selain itu, semangat patriotisme juga dapat menjadi...

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JEREBU

Mutakhir ini, arus globalisasi yang semakin menerjah di seantero dunia telah banyak membawa perubahan kepada kehidupan seharian manusia di tanah air kita. Dalam keghairahan mengejar arus modenisasi ini, kita sering dikejutkan dengan situasi negara kita yang sering mengalami masalah jerebu. Berita buruk ini yang semakin menjadi-jadi ini dipaparkan pada dada akhbar saban hari. Hal ini telah menjadi polemik orang ramai dari kedai kopi sehinggalah ke parlimen. Persoalan yang sering terlintas di fikiran kita ialah mengapakah Malaysia selalu dilanda dengan krisis jerebu? Banyak jawapan yang berlegar-legar di gawang minda kita kita. Namun begitu, masalah yang semakin serius ini perlu diatasi dengan segera kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kerajaan merupakan penawar mujarab dalam mengatasi masalah jerebu. Pihak kerajaan memikul kewajipan untuk menguatkuasakan undang-undang yang termaktub dalam Akta Alam Sekitar. Individu-individu yang telah mengingkari undang-undang dengan memb...