Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

Pendidikan Maya: Manfaat dan Kekangan

    Pendidikan maya merupakan satu alternatif untuk menggantikan pembelajaran dan pengajaran secara konvensional yang  mempunyai sempadan-sempadan tertentu.  Selaras dengan hasrat negara untuk menjadi negara maju  yang  indikator utamanya ialah kemajuan dalam bidang pendidikan , maka pendidikan maya telah diperkenalkan.  Pusat Rujukan Persuratan Melayu mentakrifkan maya sebagai bayangan, ilusi, fatamorgana, atau khayalan. Oleh hal yang demikian, frasa pendidikan maya  dapat disimpulkan  sebagai sistem pengajaran dan pembelajaran yang tidak berlaku secara langsung sebaliknya  melepasi sempadan bilik kuliah atau kelas di sekolah.    Pendidikan maya merupakan satu bentuk pendidikan masa depan yang akan memaksimumkan penggunaan Teknologi  Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan ini telah diperluas dengan pengenalan konsep pembelajaran Sekolah Bestari, E-learning, Universiti Terbuka da...