Skip to main content

Posts

Pendidikan Maya: Manfaat dan Kekangan

    Pendidikan maya merupakan satu alternatif untuk menggantikan pembelajaran dan pengajaran secara konvensional yang  mempunyai sempadan-sempadan tertentu.  Selaras dengan hasrat negara untuk menjadi negara maju  yang  indikator utamanya ialah kemajuan dalam bidang pendidikan , maka pendidikan maya telah diperkenalkan.  Pusat Rujukan Persuratan Melayu mentakrifkan maya sebagai bayangan, ilusi, fatamorgana, atau khayalan. Oleh hal yang demikian, frasa pendidikan maya  dapat disimpulkan  sebagai sistem pengajaran dan pembelajaran yang tidak berlaku secara langsung sebaliknya  melepasi sempadan bilik kuliah atau kelas di sekolah.    Pendidikan maya merupakan satu bentuk pendidikan masa depan yang akan memaksimumkan penggunaan Teknologi  Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan ini telah diperluas dengan pengenalan konsep pembelajaran Sekolah Bestari, E-learning, Universiti Terbuka da...
Recent posts

Senarai peribahasa

1 Air beriak tanda tak dalam -Banyak bercakap tanda tiada berilmu. 2. Alang-alang  berminyak biar licin -Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. 3. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan -Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya. 4. Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan -Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur. 5. Bagai air mencari jenisnya -Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah. 6. Bagai ayam disambar helang -Mati tanpa sakit. 7. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan - Terlalu banyak pada sesuatu masa. 8. Bagai cincin dengan permata - Pasangan pengantin yang sepadan. 9. Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu -Hidup dalam kemelaratan. Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang. 10.Bagai layang-layang putus t...

Penggunaan Peribahasa / Kosa kata / Ungkapan Dalam karangan Penggunaan Peribahasa / Ungkapan / Kosa kata Dalam karangan Dimensi Diri

Buat pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM sila hafal beberapa panduan yang diberikan di bawah ini, dan gunakannya ketika menjawab soalan karangan. Petikan ayat-ayat ini PERNAH digunakan oleh pelajar yang memperoleh markah CEMERLANG dalam peperiksaan PMR dan SPM yang sebenar. Saya hanya berkongsi pengalaman saya bersama-sama anda semua. Saya yakin KECEMERLANGAN adalah untuk semua pelajar yang MAHU BERUSAHA untuk kecemerlangan. Walau saya tiada kaitan dengan anda semua TETAPI saya KOMITED untuk kecemerlangan anda semua!             1.     Belakangan ini, isu berkaitan dengan remaja dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Lantaran itu, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah cara-cara untuk ………………………………? 2.  ...

Teks Pidato-Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama

"Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama" Ayah.Ayah. Di mana rumah kita? Ayah. Ayah. Di mana jiran kita? Ayah. Ayah. Di mana adik-adik saya? Ayah Ayah Di mana ayah? Mungkin, inilah luahan hati seekor anak ular tedung selar yang telah kehilangan habitat akibat pembangunan. Pembangunan adalah sebahagian daripada perkara yang berlaku di sekeliling kita pada setiap hari. Atas nama pembangunan, saban waktu kita melihat keadaan semula jadi di muka bumi ini terpaksa dikorbankan sedikit demi sedikit, demi apa? Demi mengejar seribu impian yang terkandung dalam istilah pembangunan. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang arif lagi bijaksana barisan hakim yang berpaksikan keadilan, semestinya, saudara penjaga masa Yang setia dengan randiknya, seterusnya rakan seperjuangan yang saya segani serta hormati sekalian. Assalamualaikum dan salam pertemuan. Berdirinya saya di sini, bukanlah untuk membuang masa hadirin, bukan pula membuat tarian salsa dan bukan juga mengalunkan ira...

Kepentingan semangat patriotsme

Isu-isu yang berkaitan dengan semangat patriotisme kerap menjadi bahan perbincangan segenap lapisan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana semangat patriotisme amat penting dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Tujuan utama semangat patriotisme ini sering diperkatakan adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan semangat patriotisme di kalangan semua rakyat. Sebenarnya terdapat beberapa kepentingan atau kebaikan semangat patrlotisme di kalangan rakyat. Kepentingan pertama semangat patriotisme di kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita. Selain itu, semangat patriotisme juga dapat menjadi...

Punca Dan Langkah Menangani Gejala Ponteng Dalam Kalangan Pelajar

Ponteng merupakan kekangan disiplin yang paling banyak berlaku dan sukar diatasi di sekolah. Antara lain, ponteng bagaikan satu indikator yang menanda aras kelemahan sistem pendidikan Malaysia yang diimplementasikan melalui Dasar Pendidikan Negara (DPN). Perang media menerusi akhbar, majalah, blog dan sebagainya telah pun meletus bagi membincangkan pro serta kontra kegiatan tidak bermoral ini. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan sedang bergiat cergas dengan mengobservasi punca dan ikhtiar bagi menekan kemajuan polemik ini.       Punca bercambahnya masalah ini termasuklah kurangnya didikan duniawi serta ukhrawi daripada ibu bapa. Hal ini berlaku kerana mereka terlalu ghairah mengejar kemewahan hinggakan sanggup mempedulikan asas kehidupan serta dasar keagamaan anak-anak mereka. Bahkan mereka tidak arif bahawa pengabaian inilah yang bakal merosakkan anak bangsa kita. Persis slogan 'pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara', ibu bapa hendaklah mengawasi pergerakan dan per...

Minat membaca karya sastera

Sedarsawasa yang lalu,karya sastera amat di minati oleh semua bangsa di Tanah Melayu.Karya sastera juga boleh didefinisikan sebagai wadah atau sarana untuk menyatakan dunia masyarakat dan zamannya.Karya sastera merupakan karya yang mempunyai daya kreatif yang asli dan tersendiri.Di Negara kita,juga terdapat Sasterawan Negara yang ternama dan terbilang.Saban hari, karya sastera semakin hilang ditelan zaman yang serba canggih dan moden.Pemuda dan pemudi pada zaman canggih ini,kurang meminati karya sastera kerana mereka tiada masa untuk membaca sesuatu karya sastera seperti cerpen,drama,sajak puisi dan sebagainya.Justeru,kerajaan perlu mengambil usaha-usaha yang drastik untuk memupuk minat membaca karya sastera di kalangan masyarakat agar karya sastera tidak lupus ditelan zaman yang serba moden.                    Antara usaha    yang perlu diambil oleh kerajaan untuk memupuk minat membaca karya sastera di kalangan masyarakat.Ba...