Skip to main content

Faedah mempunyai banyak kawan

        Dasawarsa ini, kawan merupakan seseorang yanag amat penting dalam hidup kita khususnya pelajar. Malahan, bagi seorang pelajar, mereka lebih banyak meluangkan masa mereka bersama-sama dengan kawan mereka berbanding keluarga mereka sendiri. Seperti kata-kata pujangga, ibarat isi dengan kuku sentiasa bersama-sama. Selaras dengan itu, tidak dapat dinafikan bahawa berkawan juga mampu memberi kesan negatif dalam kehidupan seseorang, namun masih terdapat juga kebaikan apabila kita mempunyai kawan dalam kehidupan kita. Lebih baik lagi apabila kita mempunyai ramai kawan dalam kehidupan kini. Oleh itu, kita haruslah bijak dalam berkawan agar nilai positif dalam berkawan dapat dijadikan tauladan dalam hidup kita.
       
          Faedah mempunyai banyak kawan ialah kita dapat berkongsi masalah bersama-sama. Hal ini kerana, dalam meniti arus kemodenan kini, sebagai remaja khususnya sudah pasti mempunyai banyak masalah. Seabagai contoh masalah dengan keluarga ataupun berkaitan pelajaran. Secara psikologinya, rakan yang sebaya dengan kita pasti akan dapat menyelami perasaan kita yang sedang dilanda masalah, justeru, dalam konteks ini, kawan ialah orang yang sesuai untuk kita berkongsi masalah. Hal ini kerana, berkemungkinan besar kawan kita itu mampu memberikan cadangan yang bernas buat kita mencari jalan penyelesaian berkenaan masalah tersebut dan secara tidak tidak langsung kita dapat berasa lega setelah menceritakan beban yang ditanggung oleh kita. Namun begitu, kita haruslah menjana pemikiran bernas kita agar tidak tersilap memilih kawan untuk berkongsi masalah dengannya.
       
          Seterusnya, dengan bertambahnya kawan di sekeliling kita, sudah semestinya kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan secara tidak langsung. Hal ini kerana, setiap insan di dunia ini dilahirkan dengan kelebihan tersendiri. Dalam konteks ini, dapat juga kita kaitkan dari sudut pembelajaran secara berkumpulan, semestinya setiap seorang dari ahli tersebut mempunyai pandangan masing-masing. Dalam hal ini, kita akan memperoleh faedah berkaitan pandangan kawan-kawan kita terhadap subjek yang dibincangkan. Selaras itu, sikap menghargai jasa antara rakan turut dapat disemai dalam diri masing-masing. Hal ini dapat diwujudkan apabila kita memberi tumpuan yang sepenuhnya tatkala rakan kita itu menyuarakan buah fikirannya. Oleh itu, haruslah kita mempunyai rakan yang ramai agar kita juga bertambah ilmu pengetahuan.
       
          Dewasa ini, negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India boleh dilihat sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni. Hal ini kerana, semua penduduk di negara ini mempunyai perpaduan yang utuh sesama sendiri tanpa mengira kaum dan agama. Justeru, bagi memastikan keharmonian perpaduan ini terus berkekalan, kita haruslah memupuk perpaduan antara rakyat bermula dari bangku sekolah lagi. Dalam konteks ini, dengan mempunyai ramai kawan, semangat perpaduan dapat dipupuk secara tidak langsung. Dalam berkawan pula, kita hendaklah sentiasa bersikap toleransi dan bekerjasama antara rakan bagi menzahirkan perpaduan yang padu dalam diri masing-masing. Oleh itu, amalkan nilai-nilai murni dalam persahabatan agar semangat perpaduan subur mekar di jiwa setiap rakyat negara ini.
       
          Konklusinya, berkawan banyak mendatangkan pelbagai kebaikan pada kita, namun jika kita tersilap langkah kita juga boleh terjerumus dalam kancah negatif. Oleh itu, sebagai seorang pelajar yang cerdik, kita haruslah bijak dalam menghadapi pelbagai onak duri kehidupan agar kita tidak tersilap langkah di kemudian hari. Berfikir sebelum bertindak supaya kehidupan kita tidak dicemari dengan perkara yang boleh menjeratkan diri kita sendiri. Ingatlah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, oleh itu hendaklah kita berfikir secara rasional agar wawasan 2020 dapat dizahirkan dengan jayanya kelak.

Comments

Popular posts from this blog

Peranan keluarga dalam membentuk sahsiah anak-anak

Profesor Di raja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka . Kata-kata ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa dan setiap ahli keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Anak-anak merupakan anugerah dan amanah Tuhan yang tidak ternilai . Ibu bapa bertanggungjawab untuk mewujudkan rumah tangga yang aman dan damai kerana anak-anak akan berasa bahagia apabila ibu bapa memberikan sepenuh kasih sayang dan melindungi diri anak-anak mereka.  Anak-anak ibarat sehelai kain putih , ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut.  Persoalannya , apakah peranan keluarga khususnya ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak-anak ? Pada pendapat saya,jawapannya sudah pasti  tugas dan peranan yang boleh dimainkan oleh keluarga terutama seorang insan yang bergelar ketua keluarga amat penting dan pelbagai dalam melahirkan sahsiah terbilang dalam k...

Kepentingan semangat patriotsme

Isu-isu yang berkaitan dengan semangat patriotisme kerap menjadi bahan perbincangan segenap lapisan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana semangat patriotisme amat penting dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Tujuan utama semangat patriotisme ini sering diperkatakan adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan semangat patriotisme di kalangan semua rakyat. Sebenarnya terdapat beberapa kepentingan atau kebaikan semangat patrlotisme di kalangan rakyat. Kepentingan pertama semangat patriotisme di kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita. Selain itu, semangat patriotisme juga dapat menjadi...

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JEREBU

Mutakhir ini, arus globalisasi yang semakin menerjah di seantero dunia telah banyak membawa perubahan kepada kehidupan seharian manusia di tanah air kita. Dalam keghairahan mengejar arus modenisasi ini, kita sering dikejutkan dengan situasi negara kita yang sering mengalami masalah jerebu. Berita buruk ini yang semakin menjadi-jadi ini dipaparkan pada dada akhbar saban hari. Hal ini telah menjadi polemik orang ramai dari kedai kopi sehinggalah ke parlimen. Persoalan yang sering terlintas di fikiran kita ialah mengapakah Malaysia selalu dilanda dengan krisis jerebu? Banyak jawapan yang berlegar-legar di gawang minda kita kita. Namun begitu, masalah yang semakin serius ini perlu diatasi dengan segera kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kerajaan merupakan penawar mujarab dalam mengatasi masalah jerebu. Pihak kerajaan memikul kewajipan untuk menguatkuasakan undang-undang yang termaktub dalam Akta Alam Sekitar. Individu-individu yang telah mengingkari undang-undang dengan memb...