Skip to main content

Ciri-ciri keluarga bahagia

Ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam mewujudkan hubungan erat dalam keluarga. Mereka merupakan entiti mithali dan patut mencurahkan kasih sayang terhadap anak bak menatang minyak yang penuh. Maka, mereka patut mementingkan anak melebihi urusan kerjaya mereka dan tidak rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan dan mengabaikan tanggungjawab mereka dalam membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapa juga haruslah mengajar anak-anak untuk membezakan yang mana intan, yang mana permata sejak kecil kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Ibu bapa juga mestilah memantau pencapaian akademik dan mengawasi perlakuan anak-anak untuk mengelakkan anak-anak daripada terjebak dalam kancah negatif. Maka, mereka perlu mengajar anak agar tidak tersesat ketika menempuh belantara kehidupan. Lantas, anak-anak tidak akan berasa seolah-olah diri kehausan kasih sayang ibu bapa, malah juga menjaga tingkah laku mereka agar tidak menjejaskan imej keluarga.

Selain itu, kita wajarlah berusaha mewujudkan iklim yang kondusif dalam rumah tangga untuk mempererat hubungan kekeluargaan. Ahli keluarga perlu prihatin dan mengambil berat antara satu sama lain seperti mana yang diungkapkan, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kita perlu saling membantu bak aur dengan tebing. Kita juga perlu sudi mendengar masalah ahli keluarga dan cuba sedaya upaya untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut. Yang paling penting, ahli keluarga patut mengelakkan pencetusan pergaduhan dan pertelingkahan demi keharmonian keluarga dan tidak mempraktikkan amalan seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Lantas, suasana yang harmoni dan aman dalam keluarga dapat dibina dan semua ahli keluarga berani menempuh belantara kehidupan tanpa terpesong ke arah kemudaratan.

Usaha seterusnya adalah mengadakan aktiviti kekeluargaan dari semasa ke semasa. Aktiviti kekeluargaan vital kerana dapat mewujudkan suasana yang bahagia sesama ahli keluarga dan juga mengeratkan ikatan silaturahim bak isi dengan kuku. Misalnya, ibu bapa boleh meluangkan masa pada hujung minggu untuk membawa anak-anak pergi berkelah di tepi pantai, ataupun juga mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan rumah. Secara tidak langsung, anak-anak akan dipengaruhi untuk giat melibatkan diri dalam aktiviti sebegini yang berfaedah dan bukan leka menghabiskan masa melayari internet dalam rumah dan kancah negatif yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa aktiviti kekeluargaan mampu memberikan impak yang positif dalam mempererat hubungan kekeluargaan.

Seperkara lagi, kita juga patut menggalakkan ahli keluarga supaya menganuti ajaran agama kerana semua agama di dunia menyeru perkara yang sama, iaitu mementingkan kebaikan dan melarang kemudaratan. Dalam konteks ini, ibu bapa berperanan untuk mewajibkan agar semua ahli keluarga tidak meninggalkan sembahyang dan mengamalkan sikap bersopan-santun dan peramah terhadap orang lain. Menurut Dato' Fadzilah Kamsah, ibu bapa perlu menggalas kewajipan dalam usaha memberikan didikan agama dan moral yang secukupnya. Seseorang yang tidak menganuti ajaran agama boleh diibaratkan sebagai kapal tanpa nakhoda.

Tuntasnya, keseluruhan di atas merupakan antara usaha yang wajib diimplimentasikan untuk membina institusi keluarga yang mulia. Institusi keluarga diibaratkan sebagai sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Jika semua ahli keluarga melestarikan tanggungjawab masing-masing, hubungan kekeluargaan yang erat dapat terjalin. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Akhir kata, institusi keluarga amat signifikan dalam membina masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang, seperti mana yang diungkapkan oleh mantan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Ahmad Badawi.

Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata pepatah ,”bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk membezakan “yang mana intan, yang mana kaca”. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak seperti“menatang minyak yang penuh” . Didikan agamadan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti “kapal tanpa nakhoda”. Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa janganlah begitu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hukuma-hakam Arab pernah mengatakan bahawa anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya. Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti “kacang lupakan kulit”. Anak-anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga mereka. Kalau bukan ibu bapa, siapakah kita? Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli keluarga saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagimengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluargayang harmani, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Keluarga bahagiabanyak memerlukan unsur juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya. “Rumahku, syurgaku.” Keluarga bahagia ialah keluarga impian saya

Comments

Popular posts from this blog

Peranan keluarga dalam membentuk sahsiah anak-anak

Profesor Di raja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka . Kata-kata ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa dan setiap ahli keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Anak-anak merupakan anugerah dan amanah Tuhan yang tidak ternilai . Ibu bapa bertanggungjawab untuk mewujudkan rumah tangga yang aman dan damai kerana anak-anak akan berasa bahagia apabila ibu bapa memberikan sepenuh kasih sayang dan melindungi diri anak-anak mereka.  Anak-anak ibarat sehelai kain putih , ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut.  Persoalannya , apakah peranan keluarga khususnya ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak-anak ? Pada pendapat saya,jawapannya sudah pasti  tugas dan peranan yang boleh dimainkan oleh keluarga terutama seorang insan yang bergelar ketua keluarga amat penting dan pelbagai dalam melahirkan sahsiah terbilang dalam k...

Kepentingan semangat patriotsme

Isu-isu yang berkaitan dengan semangat patriotisme kerap menjadi bahan perbincangan segenap lapisan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana semangat patriotisme amat penting dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Tujuan utama semangat patriotisme ini sering diperkatakan adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan semangat patriotisme di kalangan semua rakyat. Sebenarnya terdapat beberapa kepentingan atau kebaikan semangat patrlotisme di kalangan rakyat. Kepentingan pertama semangat patriotisme di kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita. Selain itu, semangat patriotisme juga dapat menjadi...

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JEREBU

Mutakhir ini, arus globalisasi yang semakin menerjah di seantero dunia telah banyak membawa perubahan kepada kehidupan seharian manusia di tanah air kita. Dalam keghairahan mengejar arus modenisasi ini, kita sering dikejutkan dengan situasi negara kita yang sering mengalami masalah jerebu. Berita buruk ini yang semakin menjadi-jadi ini dipaparkan pada dada akhbar saban hari. Hal ini telah menjadi polemik orang ramai dari kedai kopi sehinggalah ke parlimen. Persoalan yang sering terlintas di fikiran kita ialah mengapakah Malaysia selalu dilanda dengan krisis jerebu? Banyak jawapan yang berlegar-legar di gawang minda kita kita. Namun begitu, masalah yang semakin serius ini perlu diatasi dengan segera kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kerajaan merupakan penawar mujarab dalam mengatasi masalah jerebu. Pihak kerajaan memikul kewajipan untuk menguatkuasakan undang-undang yang termaktub dalam Akta Alam Sekitar. Individu-individu yang telah mengingkari undang-undang dengan memb...